Tuesday, April 20, 2010
tentang perubahan
berubah. boleh jadi baik atau buruk. apa saja yang berubah sebenarnya pada saya, terpulang kepada niat dan kemana arah tujuan sesuatu perubahan itu. bukanlah dalam erti kata sebenar, perubahan yang ketara. bukan apa, takut pula kalau-kalau yang berubah itu, langsung tidak dapat dikenali apa yang tersirat disebalik, sebelum berlaku perubahan.susah kan? kalau orang yang berubah, contohnya teman sejiwa yang berubah. tentu kita dah kelam kabut mula meracau meroyan bertanyakan sebab mengapa dia berubah. tetapi adakah kamu pasti sama ada si teman sejiwa itu berubah kerana apa? baik kamu selidik sebelum kamu yang dianggap berubah. dari siuman kepada gila. hehehe fikir-fikirkan lah. mungkin sedikit tidak banyak, terkena batang hidung sendiri. banyak contoh yang pernah saya lihat. bahkan terjadi pada diri saya sendiri. tidak malu saya katakan, teman sejiwa saya berpindah ke kuantan atas sebab hal kerja. pada mulanya saya faham itu sebab nya dan tidak lah saya bersikap seperti orang mati laki yang tidak sempat memakai kain. mungkin sedikit, ya. hahaha ketawa saja jika itu yang anda mahu, no hard feeling. apatah lagi, kawan-kawan sekeliling kami mula bergurau tanpa henti yang teman sejiwa saya sudah punya yang lain disana menyebabkan saya berubah menjadi sarkastik. itu satu perubahan yang sama sekali takkan diterima oleh teman sejiwa saya. boleh mendatangkan kemarahan beliau, sungguh mati hidup semula pun saya tak sanggup nak tengok dia marah sambil tarik muncung yang pastinya saya takkan dapat pujukan malah akan diherdik dan dimaki. tapi, itulah rahsia saya berubah menjadi lebih positif dan jangan mudah terpedaya malah punya keyakinan yang kuat bahawa kami saling percaya dan itu janji kami. penat bercinta lama-lama kalau tiba-tiba berlaku perubahan yang tidak baik, tidak setia. langsung tidak mendatangkan keuntungan pada kedua-dua belah pihak. jadi, berhenti buat perubahan yang buruk dan berikan hati anda sebuah ketenangan. lebih bagus kan? =D dan kerana itu juga pada sesiapa yang pernah membaca dan mengikuti blog saya yang terdahulu iaitu di, http://www.dsfairy.blospot.com/ , disini saya telah membuat perubahan atas masalah teknikal yang tak dapat saya elakkan. maka jadilah blog ini, kisah cik pari-pari. so, enjoy your reading dan jutaan terima kasih untuk mereka yang masih setia. wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment