Wednesday, April 21, 2010
teknologi, blogging, facebook dan macam2 lagi
"please correct the errors in this form", "the request could not be processed. please try again", "done, but with errors in page", dan macam-macam lagi lah. pernah tak anda semua berdepan dengan masalah ini? pernah tak anda semua terasa hangin berapi semacam dalam kepala hati perut anda bila baca mesej singkat macam ni? pernah tak anda tiba-tiba terfikir yang teknologi ni sebenarnya nak menyenangkan atau hanya menyusahkan? in yang berlaku kepada saya. mungkin sesetengah orang akan mengatakan yang saya ni kolot kerana buta IT. tak mengapa. saya faham. cuma apa yang saya tak faham, bagaimana golongan luar bandar yang tak pernah langsung terdedah dengan benda-benda sebegini akan melalui apa yang saya dan orang lain lalui? bukankah hal sebegitu canggih seperti kemudahan teknologi, komputer atau laptop serta internet segala sepatutnya bersikap lebih mesra pengguna? adakah silap manusia yang tidak mampu bertindak secanggih teknologi ini atau bisa juga silap manusia kerana tidak mengemaskinikan perisian yang sedia ada?mungkin satu kelebihan pada golongan yang 24/7 melekat dengan hal-hal ini nak dibandingkan dengan golongan yang hanya dua tiga bulan sekali baru dapat mengadap teknologi segala ni. mungkin juga ada orang diluar sana yang mengutuk saya hanya kerana timbul masalah-masalah kecil seperti ini tetapi kita patut fikirkan tentang orang lain. atau mungkin juga saya perlu belajar dengan lebih dalam lagi agar saya takkan berfikiran semacam ini. hmmmm~~~~~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment