Tuesday, April 20, 2010
sarkastik, narsistik dan semua penyakit saikologi
sarkastik. bukan bermakna apabila anda menyertai sarkas anda akan terus dicop sebagai seorang sarkastik. ini lebih dari itu. narsistik. juga bukan dua makanan yang dicampur iaitu nasi dan juga stik. malah lebih dari itu. tahukah anda yang kedua-dua terma ini beserta banyak lagi terma-terma yang seangkatan dengannya yang lebih masyhur dalam bidang saikologi bermula dari suatu tempat. hanya satu. minda. atau fikiran kita. saya pernah berjumpa dengan orang yang mengalami situasi sebegini. malah lebih dari itu. bukan hanya setakat pernah berjumpa atau mengenali beliau, saya juga sebenarnya tinggal bersamanya. bukan bermakna saya menceritakan ini bahawa saya telah melakukan sesuatu yang tidak elok dan tidak manis kerana mengaibkan beliau, percayalah ia hanya semata-mata untuk mengingatkan diri sendiri juga rakan-rakan yang lain di luar sana. sesiapa saja. kenapa beliau bersikap atau berperangai demikian, tidak lah saya tahu kerana melalui pengalaman saya sendiri, orang-orang sebegini agak sukar untuk difahami seandainya kita tidak mengisi sepenuh-penuhnya dada kita ini dengan ilmu saikologi untuk menangani orang yang punya penyakit jiwa ini. sukar. sangat sukar. setiap pendapat anda akan ditepis dengan begitu mudah sekali sampai anda rasa tak guna kalau anda teruskan perbalahan yang hanya akan menyakitkan tekak itu. tetapi apa yang saya hairankan, orang-orang sebegini, tidak kah pernah walau sekali mereka berfikir sama ada perbuatan mereka itu elok atau tidak? saya benar-benar hairan malah pernah juga terbit rasa kagum kerena orang-orang sebegini mampu untuk menakluk orang lain dengan hanya mengeluarkan bebrapa patah perkataan. sehinggakan saya pernah terfikir adakah golongan ini layak digelar diktator? adakah adolf hitler juga terlibat dengan golongan yang satu ini? tidakkah mereka sedar yang kelakuan dan sifat itu hanya merugikan diri sendiri? jadi, fikir-fikirkan lah. mungkin anda juga pernah bersikap begini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment