Friday, October 8, 2010

entri yang tiada tajuk. semberono.

apa yang saya suka buat? apa yang buat orang ingat pada kita? kenapa orang macam tak berminat nak tahu apa yang kita buat? kenapa kadang-kadang kita rasa orang yang faham kita tiba-tiba tak faham?

seorang kawan saya kata, saya suka bercakap. benarkah? kadang-kadang saya sendiri tak sedar yang saya ni banyak bercakap. dia kata, dia ingat saya sebab saya suka bercakap dan tiap kali berjumpa, mesti dalam keadaan sedang mulut saya riuh berbunyi. kami gelak. lucu sebab saya rasa saya bukan seorang yang suka bercakap. manakala dia sebaliknya. ada pula seorang lagi kawan saya berkata, saya ni suka sangat menulis sampaikan setiap kali dia bertemu saya, mesti dalam keadaan saya sedang menulis atau menaip atau memegang buku nota kecil untuk menulis apa yang terlintas di fikiran saya.

sungguh saya tak sedar semua kelakuan pelik ini sehinggalah mereka memberitahu saya. apa yang pelik sangat kelakuan ni? saya pelik sebab saya bukan lah seorang yang begitu fokus dalam mempersembahkan perangai saya kerana saya hanya mengikut arus, (bahaya orang macam ni) tetapi saya masih ada pendirian dan prinsip. 

sementelahan pula, saya cuba untuk mencari ruang diri yang mungkin sukar untuk saya jumpa tetapi dengan cara itu sangat berkesan. saya akan jadi seperti bayi yang baru dilahirkan apabila saya dapat peluang untuk berjumpa dengan diri saya. gembira jangan cakaplah. sebab itu saya pelik kadang-kadang ada orang mengatakan saya ni seorang yang sombong. dari mana datangnya itu?

saya akui ada masanya saya memang susah nak mengeluarkan walau sepatah perkataan dari mulut saya ni ataupun memulakan perbualan. saya juga pening memikirkan kenapa. tetapi apa yang penting saya dan segelintir orang disekeliling saya tahu dan kenal saya ni bagaimana orangnya.
namun, sejak akhir-akhir ni saya seperti sedang sesat dalam dunia saya sendiri. saya seperti jadi orang lain yang saya tak kenal. mungkin akibat tekanan tidak mempunyai kerja. saya tahu saya mungkin menyusahkan orang tetapi saya rasa saya belum sampai tahap orang betul-betul susah kerana saya. 

puncanya, saya tidak digalakkan (sebenarnya dilarang kalau boleh) membuat apa yang saya suka dalam erti kata lain, minat. menjadikan saya seorang yang sesat macam saya katakan tadi. dan orang yang menjadikan saya begini bukan orang lain. dan saya sangat sedih. saya begitu kepingin untuk melihat nama saya kembali diruangan akhbar, atau melakar nama di majalah-majalah. saya kepingin melihat hasil kerja saya dikritik, dipuji, dijadikan perdebatan. saya tahu ini mungkin mimpi pada orang lain tapi saya ingin mencuba. dan saya minat. orang kata kalau kita lakukan apa yang kita minat, insya Allah akan berjaya. (ya, walaupun kita lakukan perkara yang bukan minat kita mungkin akan berjaya juga, tapi agak sukar untuk dikecapi kecuali dengan pengorbanan yang bukan calang-calang)

saya pernah melakar nama di suratkhabar. saya rindu untuk mengalami suasana itu sekali lagi. apa gunanya saya belajar dan mengkhususkan otak saya dengan mempelajari kursus ini bermati-matian (saya masih hidup setakat ni, alhamdulillah) tetapi saya dipaksa melakukan sesuatu yang lain dari apa yang saya minat?

saya buntu. 


Friday, October 1, 2010

islam: dulu dan sekarang

islam. bila sebut saja tentang islam, ramai yang tak senang duduk.

tak kira bangsa dan agama. malah orang islam sendiri cepat panas bila sebut tentang islam.

lebih-lebih lagi, "term" sekarang orang sebut, "islamophobia".

sangat pelik. kenapa? kalau dulu, islam dan agama lain boleh saja bercampur aduk (makna kata boleh duduk berbincang sesama sendiri) tapi sekarang tak boleh dah.

mesti ada saja isu yang mendatangkan ketidakpuasan hati serta boleh membangkitkan kemarahan.


kenapa boleh jadi begitu dan kenapa dulu tidak pernah timbul isu ini?


menurut sebuah buku yang ditulis oleh saudara ahmad amri zainal adnan dan nurasyikin ahmad (dan saya baca buku ni, tentu sekali) ramai tokoh-tokoh intelektual islam yang belajar di universiti-universiti kelolaan barat.


memang banyak cabaran yang dihadapi oleh tokoh-tokoh ini namun demi agama, mereka tidak peduli.


yang penting matlamat hidup tercapai dan kejayaan diraih.


banyak contoh-contoh tokoh intelektual islam yang diceritakan dalam buku ini seperti, bapa pembentukan negara islam pakistan, muhammad iqbal, fazlur rahman malik (saya pasti ramai pelajar UIA kenal insan ini), ahmad hussein deedat dan ismail al-faruqi.


kesemua tokoh diatas pernah melanjutkan pelajaran mereka di universiti-universiti terkenal di barat, contohnya, university of oxford, cambridge university, universiti amerika beirut,  mcgill university, dan university durham.

tidak pernahkah terlintas dalam fikiran, bagaimana mereka ini boleh "survived"?

bagaimana pula boleh timbul isu islamophobia ini seperti yang berlaku dalam dunia sekarang?

ya, saya bukan orang yang tepat untuk memperkatakan tentang hal-hal sebegini.

tapi, saya terfikir, kenapa orang sekarang suka merumitkan sesuatu hal hingga diri sendiri terbelit lalu menyalahkan pihak lain kerana situasinya yang berbelit itu?

cuba kita renung-renung kembali, muhasabah semula, apa punca semua ini terjadi.

ataupun, memang tanda kiamat sudah dekat jadi bersiap sedialah dengan amal jariah masing-masing.


=)

Wednesday, August 4, 2010

kesukaan dan kebencian

pernah suka kan suatu perkara tak?

saya pasti, mesti. kan?

macam tu juga saya.
 
tapi ada tak suatu yang dibenci?

saya juga. dan saya pasti, memang ada.

perkara utama, pernah tak dapat lakukan apa yang disukai dengan tenteram?

lebih banyak melakukan perkara yang dibenci sebalik yang disukai.

saya pasti, itu adalah tepat.

kerana saya juga begitu. apa yang  utamanya, dimana peluang untuk melakukan apa yang kita suka?

contohnya, hal2 yang kita suka, ataupun kawan2 yang kita suka.


pasti sukar, kan? pernah terfikir bagaimana untuk melaksanakan apa yang kita suka itu supaya tercapai?

berkorban.

itulah perkara pokok.


tetapi itulah yang paling sukar dan bakal menyesakkan kepala dengan perkara yang sia-sia.


apa yang pasti, nikmatnya tidak pernah mendukacitakan.


tetapi hanya untuk orang yang benar2 kuat dan ada ketabahan yang maha tinggi.


dan jujurnya, saya bukan begitu.











Tuesday, August 3, 2010

nekad

saya nekad. nekad yang tiada penghalang.

nekad untuk apa?

nekad untuk meninggalkan.

siapa yang saya nak tinggalkan itu?

dia tahu.

tetapi bukan dia yang saya ingin tinggalkan.

masalah. memang banyak masalah.

begitu juga tekanan. saya sudah tiada daya lagi untuk menahan tekanan itu.

mereka kejam. penindas yang terhebat di muka bumi Allah ini.

sayangnya mereka itu berbangsa Melayu.

apa ada pada bangsa kalau pemilik bangsa itu sudah hilang jati diri dan bersikap seperti mereka orang asing yang pada erti kata sebenar bukanlah bangsa asing.

Laksamana Hang Tuah pernah berkata walaupun dia hanya sekadar sebuah legenda, "takkan Melayu hilang di dunia".

apa yang saya ingin saya maksudkan disini, Melayu pasti hilang sekiranya ada orang-orang seperti yang saya katakan tadi.

dan nama Melayu itu sendiri akan hanyut seandainya orang-orang ini berterusan bersikap sebegini.

dan pokoknya, saya nekad.

nekad untuk BERHENTI KERJA!

dan minggu ini adalah yang terakhir untuk saya teruskan khidmat saya.

SELAMAT TINGGAL!!!

Tuesday, July 13, 2010


~di masjid negeri, Masjid Sultan Ahmad Shah 1~


~si dia di Telok Chempedak~


~saya di muzium tokoh~dan disitu, tercatat tarikh lahir si dia selepas 15 tahun~


~restoran world cup~


~si dia di jambatan gantung, kg.sg.lembing~


~gadis di jambatan gantung, kg.sg.lembing~


~rumah tinggal~


~masih ada panggung wayang lama di pekan klasik, sg.lembing~


~jambatan di sungai riau~

apa makna gaji?

gaji. bila berkata tentang gaji, mata semua orang (kemungkinan besar lah) akan mula mengeluarkan satu simbol seperti yang biasa kita lihat dalam movie, iaitu simbol $.

bila simbol ini muncul di paparan skrin mata anda maka otak anda akan mengisyaratkan satu hormon yang disebut "gembira".

betul, tiada seorang pun manusia tidak gembira bila dapat duit. lebih-lebih lagi kalau gaji anda termasuk dalam kategori "masssyyyuuukk!!"

mula lah dalam kepala mengeluarkan arahan diselangi dengan hasutan hati, memikirkan bagaimana untuk meghabiskan duit gaji tersebut.

saya tahu, jangan pernah anda tipu diri sendiri bahawa anda tidak akan pernah ingin menggunakan duit gaji itu.
ia satu dusta yang amat dahsyat.

hahahahaha. disaat-saat ini, setiap kedai butik yang ada di semua pusat membeli-belah ingin anda kunjungi.

percaya tak? akan tetapi, macam mana seandainya semua impian manis anda itu hanya mimpi semata-mata?

macam kepulan awan yang hilang dibawa deras angin, seperti buih yang meletup dengan sekelip mata apabila disentuh?

GAJI TERTUNGGAK! tanpa sebarang makluman. itu adalah satu realiti yang perlu anda hadapi disaat poket anda tandus kekeringan bak gurun sahara?

bagaimana anda ingin selesaikan segala hutang piutang yang mengelilingi hidup anda?

bukan sedikit pulak tu hutangnya. jadi apa yang anda rasa sekarang?

menyesal berkhidmat dibawah majikan yang kejam suka menindas orang bawahan yang dianggap seperti kuli ini?

percayalah. saya sedang mengalaminya. lebih teruk lagi, 3 orang staf yang bekerja dengan majikan yang sama telah menerima bayaran diatas keringat mereka.

apa jadi pada saya? haruskah saya meletak jawatan? patutkah saya berikan majikan saya notis 24jam untuk berhenti setelah menerima gaji tersebut?

memang sakitnya tiada siapa yang tahu. majikan melayu.

ingatkan melayu sama melayu akan tolong menolong.

tapi itu satu kenyataan yang silap sama sekali.

moral of the story, kalau boleh, jangan percaya yang orang melayu ini akan tolong orang melayu sendiri kecuali mereka disuap.

itu adalah satu kenyataan yang sangat pahit tetapi memang perlu ditelan oleh setiap manusio yang berbangsa melayu beragama Islam.

jadi jangan sekali-kali menuding ke araha barat apabila orang mengatakan yang melayu ini semakin rapuh ikatan silaturrahim.

dek kerana setitik nila yang durjana ini menyebabkan pegangan orang melayu goyah.

lebih teruk lagi, orang yang menggajikan orang dan tidak menyelesaikan masalah ini secara telus, adalah tergolong dalam golongan yang berada (kononnyalah) dan dek mereka ada darjat maka mereka ini fikir mereka boleh lakukan apa sahaja walaupun terpaksa menindas kaum sendiri.

kejam kan? tetapi itulah hakikat yang pedas pahit yang mesti ditelan oleh kaum yang bergelar melayu.

apabila sampai satu ketika kelak, kata-kata legenda sang perwira melayu, hang tuah, "tak hilang melayu di dunia" sudah ketinggalan zaman.

kala itu, jangan lah kamu menuding jari ke arah orang melainkan diri kamu sendiri.

Friday, June 25, 2010

erti kelapangan

terakhir kali saya menulis ialah 31 hari bulan Mei tahun 2010.


hari ini ialah 25 hari bulan Jun tahun 2010.


bermakna sudah genap 24 hari saya tidak menulis. maksud saya menaip untuk blog terchenta ini.


rindu, memang tidak dinafikan. tetapi kekangan waktu yang begitu mencengkam diri membuatkan saya terpaksa memilih untuk tidak menulis.


juga, idea yang tidak muncul-muncul di akal, menyebabkan saya berehat seketika.


kerana, saya sudah menjadi kutu industri yang sudah tentu tidak akan punya waktu yang banyak untuk diluangkan dengan penulisan.


saya sedih. jiwa saya terseksa.


akan tetapi, itu bukanlah satu masalah.


kerana, teman saya pernah berkata, tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian.


ok, kita tukar topik. kamu semua pernah rasa yang kamu punya bakat tetapi tidak mampu untuk mengilusikan bakat kamu menjadi sesuatu yang "wow"?


saya jamin anda semua mesti pernah rasa begitu.


saya juga rasa begitu. kadang-kadang saya rasa saya tidak kreatif sehingga ditegur oleh "tok guru2" saya dalam bidang fotografi.


"rules of third takde!" "composition langsung ke laut!" "mana pergi kreativiti kamu?"


hah! sentap mendengarnya. akan tetapi saya terfikir semula, memang ada kebenaran disebalik kata-kata mereka.


saya tengok hampir separuh dari koleksi gambar-gambar petikan saya, "flat!"


hoh! memang perlu melakukan anjakan paradigma yang sangat tinggi.


oleh itu saya akan berusaha lebih kuat untuk menjadi yang terbaik dan mencapai apa yang saya inginkan iaitu menjadi seorang jurufoto wanita yang terhebat.


bukan sahaja di Malaysia, malah di mata dunia.


saya mahu menjadi di antara mereka yang berjaya dalam bidang ini.


AMIIIINNNNN!!!!!!

Wednesday, June 2, 2010

formspring.me

jangan malu bertanya nanti sesat jalan. baik tanya. http://formspring.me/fairyunfairuz

Tuesday, June 1, 2010

kekejaman dunia & israel

apa nak jadi dengan dunia sekarang?

mungkin kerana kiamat sudah dekat.

manusia menjadi sekejam-kejamnya, meratah daging anak Adam tanpa belas.

tidak sedarkah mereka bahawa perbuatan mereka itu hanya mengundang kutukan dan kejian?

apa lagi yang mereka mahukan? tidak cukupkah nikmat yang Allah beri sehinggakan nyawa anak Adam menjadi taruhan?

tidak kah mereka punya otak dan akal?

mengapa hidup hanya berpandukan nafsu berlandaskan hati yang hitam?

Wednesday, May 26, 2010

kerja saya

saya sudah bekerja. dimana?

berdekatan dengan rumah saya.

berhampiran dengan kompleks membeli belah.

tapi soalnya disini kepuasan saya dengan kerja saya.

saya tidak berminat untuk menjual. juga meyakinkan orang dengan apa yang saya kerjakan.

saya lebih gemar menulis. menulis dan menulis.

saya pernah menjadi wartawan di Utusan Melayu.

seronok. memang minat saya.

saya banyak belajar tentang apa itu kebenaran dan kejujuran.

telus atau tidak.

sekarang saya tersekat. terpaksa menjadi orang lain untuk memuaskan hati orang lain.

mungkin juga keperluan. demi menjaga keharmonian.

biarpun terpaksa (sekali lagi) membuang jauh-jauh rasa tidak enak.

mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. itu pasti.

bos saya kata, dia boleh mengubah saya menjadi seperti dia. haha.

saya tidak mahu. tetapi saya akan ambil mana yang patut untuk saya serap dalam diri.

mungkin berguna, mungkin tidak.

yang lebih pasti, minat saya pada fotografi tidak mungkin padam. tidak sekali dua.

saya rindu. rindu untuk menulis, rindu untuk merakam setiap momen yang terjadi di bumi ini.

apa yang perlu saya lakukan? anda ada idea?

Saturday, May 22, 2010

sikap pelik-pelik

ini tentang dia. siapa dia? hanya dia dan Dia yang tahu.

saya pening dengan sikap dia. kadang dilihat macam tak tetap iman.

sukar sangat nak buat keputusan.

pernah bercinta? sedang bercinta dengan dia. tapi kadang-kadang macam tak.

cuma tak tahu bila arah tuju bercintan centun ni akan melabuhkan sauh.

risau? sudah mesti. sebab saya perempuan. bila makin tua, jangan harap dapat anak. dan jangan salahkan isteri yang tak dapat beri zuriat..

tak bersedia kot? saya pun merasakan yang sama. tapi kita kena tempuh juga walau sesukar mana pun. dah tu kenapa bercinta, kan?

mungkin dia tak cukup duit? kawan-kawan saya yang dah berkahwin masih lagi mencari duit dan rezeki bersama-sama isteri atau suami. itu adat lah hidup berpasangan. susah senang bersama.

sebab kalau nak tunggu cukup duit, sampai bila-bila pun takkan cukup. manusia takkan senang-senang puas hati. dasar tamak haloba tapi tak nak mengaku. itulah manusia! lainlah si perempuan berkahwin dengan orang tua yang memang dah tentu-tentu kaya!

habis tu apa nak jadi? hah! tunggu lah orang-orang mengatakan "tak takut ke jadi andartu?". saya takkan kata apa-apa dah. redha je.

bukan saya mengatakan ini kerana saya tidak percaya jodoh. tapi Allah akan dekatkan jodoh beri kita pasangan kalau Dia rasa kita dah bersedia untuk menempuh alam baru ni.

kenapa agaknya? dia tak faham ke?

lelaki, tak kan risau umur dah lanjut. bukan nya luak pun. tapi kalau perempuan, alamat lah.

saya berkata ini bukan kerana saya terdesak nak kahwin. bukan. tidak sekali-kali.

tapi saya tidak mahu Allah murka pada saya hanya kerana saya asyik bercinta dan tidak mahu menghalalkan percintaan itu.

tapi kalau dia belum mahu, apa lagi yang perlu saya buat?

sekarang satu je yang menari-nari dalm fikiran saya, dia belum puas hidup bujang berkerjaya. itu sudah pasti!

jadi, sekarang saya nak hidup macam dia. si dara sunti bujang berkerjaya sedang dalam perjalanan. weee~~~

sebab, buat apa saya sesak kan fikiran fikir pasal nak kahwin dengan dia sedang dia belum lagi nak kahwin, kan?

baik saya berhenti berangan dan berharap. doa je yang jodoh tu Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

~~~~~~.....

Saturday, May 1, 2010

suatu pengajaran dan peringatan

jumaat. 30 April 2010. dan juga sebelum-sebelumnya.

sejak saya sudah berani memandu kenderaan bergear manual, saya sering diarah ibu serta adik-adik untuk kesana dan kemari. saya sentiasa dengan rela hati membawa mereka sebab saya sayangkan mereka.

cuma apa yang saya kesalkan,sikap pemandu Malaysia ni. kebanyakan daripada mereka hanya pandai memandu tetapi tidak bijak memandu. mengapa saya katakan begitu? mereka ni tak pernah tahu apa itu maksud peraturan dan tidak tahu apa kegunaan peraturan-peraturan tersebut.

sering saya terfikir, susah kah untuk memberi signal untuk ke kanan atau ke kiri? adakah apabila anda memberi signal maka duit anda akan berkurangan sebanyak RM500 atau lebih dari itu? jika benar tolong nyatakan pada saya dan sila buat petisyen kepada pihak berkuasa.

bukankah signal itu diadakan untuk kemudahan para pemandu juga?jadi mereka tidak perlu memberi isyarat tangan seperti yang kita belajar di sekolah memandu. itupun seandainya pemandu-pemandu kurang bijak ini masih mengingati isipati pelajaran pemanduan berhemah.

bukannya susah pun, sekadar merajinkan tangan anda untuk memberi isyarat arah tujuan anda. ini supaya, tidak berlaku kemalangan cium buntot kereta anda secara tiba-tiba.sebab bila dah berlaku tolong jangan salah kan pihak lain kerana dah ternyata salah anda sendiri tidak menggunakan otak ketika memandu.mungkin lah dek kerana anda membawa kereta besar-besar sebab saya belum mampu lagi, dan juga anda terasa seperti membazirkan masa dengan memberi isyarat itu, maka pada saya berhenti lah memandu kerana anda hanya bersikap mementingkan diri dan ternyata anda kurang bijak.

sia-sia saja anda punya kereta sebesar halaman rumah dan semahal bintang dilangit kiranya otak anda hanya sebesar badam!

Wednesday, April 28, 2010

kelly clarkson - cik berdikari

hari ini saya akan menulis tentang si gadis (masih kah dia punya perawan??) yang memiliki nama Kelly Clarkson, berasal dari Fort Worth, Texas. mengapa beliau terpilih untuk melatari blog saya kali ini? ini kerana pada malam Ahad lalu si cantik manis ini telah mengadakan konsert beliau yang julung-julung kalinya di Malaysia. selain itu, saya sendiri meminati sedari suaranya melantunkan single beliau yang pertama, Miss Independent pada tahun 2003. waktu itu, saya baru sahaja menjejakkan kaki ke menara gading. single itu memang betul-betul melangkaui tahap box office! mungkinlah, pada saya.

Miss independent


Miss self-sufficient
Miss keep your distance, mmmm
Miss unafraid
Miss out of my way
Miss don't let a man interfere, no
Miss on her own
Miss almost grown
Miss never let a man help her off her throne
So, by keeping her heart protected
She'll never, ever feel rejected
Little miss apprehensive
Said ooh, she fell in love

(Chorus)

What is this feeling taking over?
Thinking no one could open the door
Surprise, it's time, to feel what's real
What happened to miss independent's no longer need to be defensive?
Goodbye, old you, when love, is true

(Verse 2)

Misguided heart
Miss play it smart
Miss if you wanna use that line, you better not start, no
But she miscalculated
She didn't wanna end up jaded
And this miss decided not to miss out on true love
So, by changing a misconception
She went in a new direction
And found inside, she felt a connection
She fell in love

(Chorus)

What is this feeling taking over?
Thinking no one could open the door
Surprise, it's time, to feel what's real
What happened to miss independent's no longer need to be defensive?
Goodbye, old you, when love, is true (when love, is true)

(Bridge)

When miss independent walked away
No time for love that came her way
She looked in the mirror and thought today
What happened to miss no longer afraid?
It took some time for her to see
How beautiful love could truly be
No more talk of why can't that be me
I'm so glad I've finally seen

(Chorus)

What is this feeling taking over?
Thinking no one could open the door
Surprise, it's time, to feel what's real
What happened to miss independent's no longer need to be defensive?
Goodbye, old you, when love, is true (when love, is true)

Miss independent

saya yakin ramai yang bukan sahaja meminati malah hafal lagu ini. bukan hanya lagu ini sahaja, Low dan A Moment Like This juga berjaya menarik perhatian. dan sepanjang penglibatan beliau boleh dikatakan cik kelly kurang menjebakkan diri beliau dengan publisiti murahan dan gosip-gosip yang boleh menyebabkan karier beliau merudum. populariti cik kelly terus melayang-layang jauh ke atas dengan pilihan muzik yang sedikit berbeza. cik kelly terus-terusan mencipta nama dengan terbitnya album Breakaway pada tahun 2004. dalam album ini pula namanya terus gah dengan lagu-lagu seperti, Breakaway, Since You Been Gone, Walkaway dan Because of You. 

"Because Of You"

I will not make the same mistakes that you did
I will not let myself
Cause my heart so much misery
I will not break the way you did,
You fell so hard
I've learned the hard way
To never let it get that far
Because of you
I never stray too far from the sidewalk
Because of you
I learned to play on the safe side so I don't get hurt
Because of you
I find it hard to trust not only me, but everyone around me
Because of you
I am afraid
I lose my way
And it's not too long before you point it out
I cannot cry
Because I know that's weakness in your eyes
I'm forced to fake
A smile, a laugh everyday of my life
My heart can't possibly break
When it wasn't even whole to start with
Because of you
I never stray too far from the sidewalk
Because of you
I learned to play on the safe side so I don't get hurt
Because of you
I find it hard to trust not only me, but everyone around me
Because of you
I am afraid
I watched you die
I heard you cry every night in your sleep
I was so young
You should have known better than to lean on me
You never thought of anyone else
You just saw your pain
And now I cry in the middle of the night
For the same damn thing
Because of you
I never stray too far from the sidewalk
Because of you
I learned to play on the safe side so I don't get hurt
Because of you
I try my hardest just to forget everything
Because of you
I don't know how to let anyone else in
Because of you
I'm ashamed of my life because it's empty
Because of you
I am afraid
Because of you
Because of you   

selepas tiga tahun, zaman kemasyhuran cik kelly mula menemui kegelapan. dan muncul dengan album yang memang tak laku. memang benar kata orang, yang diatas pasti akan jatuh, what comes around goes around. My December gagal di pasaran. tetapi cik kelly ni masih lagi bisa berdiri dan akhirnya pada tahun 2009 cik kelly mengeluarkan album terbaru, All I Ever Wanted. dan kini kegemilangan menjadi milik cik kelly semula! U ROXX~~

"Already Gone"
Remember all the things we wanted
Now all our memories, they're haunted
We were always meant to say goodbye
Even with our fists held high
It never would have work out right, yeah
We were never meant for do or die
I didn't want us to burn out
I didn't come here to hurt you now I can't stop

[Chorus]

I want you to know
That it doesn't matter
Where we take this road
But someone's gotta go
And I want you to know
You couldn't have loved me better
But I want you to move on
So I'm already gone
Looking at you makes it harder
But I know that you'll find another
That doesn't always make you wanna cry
It started with the perfect kiss then
We could feel the poison set in
"Perfect" couldn't keep this love alive
You know that I love you so
I love you enough to let you go

[Chorus]

You can't make it feel right
When you know that it's wrong
I'm already gone, already gone
There's no moving on
So I'm already gone
Ahhh already gone, already gone, already gone
Ahhh already gone, already gone, already gone
Remember all the tings we wanted
Now all our memories, they're haunted
We were always meant to say goodbye

[Chorus]

You can't make it feel right
When you know that it's wrong
I'm already gone, already gone
There's no moving on
So I'm already gone


walaupun saya tidak menonton konsert beliau secara langsung mahupun tidak langsung, dan mungkin juga orang akan berkata saya tidak layak untuk memberi sebarang komentar, persetankan! sebab saya tetap meminati muzik cik kelly dan itulah dia!

Sunday, April 25, 2010

kita. hari ini.

saya. awak. cerita kita. hari ini.

GEMBIRA SANGAT!!!! tak terluah dek kata-kata.


p/s: itu saja yang mampu saya tulis. memang tiada kata yang dapat menggambarkan betapa hati macam nak terbang dan senyuman yang melebihi kelebaran telinga. tribute to inche' WAAR yang selama ini menjadi racun dan penawar saya.

Thursday, April 22, 2010

idea yang hilang

saya tiada idea untuk menulis hari ini. mungkin sindrom writer's block melanda otak saya. tak suka tapi itulah dia. jadi aktiviti hari ini, hanya ziarah blog milik orang lain, lakukan sedikit blog arrangement di sana sini, lawat laman sosial saya, FACEBOOK dan hantar emel pada teman sejiwa. rindukan dia. sudah mesti. poyo? suka hati lah!

Wednesday, April 21, 2010

teknologi, blogging, facebook dan macam2 lagi

"please correct the errors in this form", "the request could not be processed. please try again", "done, but with errors in page", dan macam-macam lagi lah. pernah tak anda semua berdepan dengan masalah ini? pernah tak anda semua terasa hangin berapi semacam dalam kepala hati perut anda bila baca mesej singkat macam ni? pernah tak anda tiba-tiba terfikir yang teknologi ni sebenarnya nak menyenangkan atau hanya menyusahkan? in yang berlaku kepada saya. mungkin sesetengah orang akan mengatakan yang saya ni kolot kerana buta IT. tak mengapa. saya faham. cuma apa yang saya tak faham, bagaimana golongan luar bandar yang tak pernah langsung terdedah dengan benda-benda sebegini akan melalui apa yang saya dan orang lain lalui? bukankah hal sebegitu canggih seperti kemudahan teknologi, komputer atau laptop serta internet segala sepatutnya bersikap lebih mesra pengguna? adakah silap manusia yang tidak mampu bertindak secanggih teknologi ini atau bisa juga silap manusia kerana tidak mengemaskinikan perisian yang sedia ada?mungkin satu kelebihan pada golongan yang 24/7 melekat dengan hal-hal ini nak dibandingkan dengan golongan yang hanya dua tiga bulan sekali baru dapat mengadap teknologi segala ni. mungkin juga ada orang diluar sana yang mengutuk saya hanya kerana timbul masalah-masalah kecil seperti ini tetapi kita patut fikirkan tentang orang lain. atau mungkin juga saya perlu belajar dengan lebih dalam lagi agar saya takkan berfikiran semacam ini. hmmmm~~~~~

Tuesday, April 20, 2010

sarkastik, narsistik dan semua penyakit saikologi

sarkastik. bukan bermakna apabila anda menyertai sarkas anda akan terus dicop sebagai seorang sarkastik. ini lebih dari itu. narsistik. juga bukan dua makanan yang dicampur iaitu nasi dan juga stik. malah lebih dari itu. tahukah anda yang kedua-dua terma ini beserta banyak lagi terma-terma yang seangkatan dengannya yang lebih masyhur dalam bidang saikologi bermula dari suatu tempat. hanya satu. minda. atau fikiran kita. saya pernah berjumpa dengan orang yang mengalami situasi sebegini. malah lebih dari itu. bukan hanya setakat pernah berjumpa atau mengenali beliau, saya juga sebenarnya tinggal bersamanya. bukan bermakna saya menceritakan ini bahawa saya telah melakukan sesuatu yang tidak elok dan tidak manis kerana mengaibkan beliau, percayalah ia hanya semata-mata untuk mengingatkan diri sendiri juga rakan-rakan yang lain di luar sana. sesiapa saja. kenapa beliau bersikap atau berperangai demikian, tidak lah saya tahu kerana melalui pengalaman saya sendiri, orang-orang sebegini agak sukar untuk difahami seandainya kita tidak mengisi sepenuh-penuhnya dada kita ini dengan ilmu saikologi untuk menangani orang yang punya penyakit jiwa ini. sukar. sangat sukar. setiap pendapat anda akan ditepis dengan begitu mudah sekali sampai anda rasa tak guna kalau anda teruskan perbalahan yang hanya akan menyakitkan tekak itu. tetapi apa yang saya hairankan, orang-orang sebegini, tidak kah pernah walau sekali mereka berfikir sama ada perbuatan mereka itu elok atau tidak? saya benar-benar hairan malah pernah juga terbit rasa kagum kerena orang-orang sebegini mampu untuk menakluk orang lain dengan hanya mengeluarkan bebrapa patah perkataan. sehinggakan saya pernah terfikir adakah golongan ini layak digelar diktator? adakah adolf hitler juga terlibat dengan  golongan yang satu ini? tidakkah mereka sedar yang kelakuan dan sifat itu hanya merugikan diri sendiri? jadi, fikir-fikirkan lah. mungkin anda juga pernah bersikap begini.

tentang perubahan

berubah. boleh jadi baik atau buruk. apa saja yang berubah sebenarnya pada saya, terpulang kepada niat dan kemana arah tujuan sesuatu perubahan itu. bukanlah dalam erti kata sebenar, perubahan yang ketara. bukan apa, takut pula kalau-kalau yang berubah itu, langsung tidak dapat dikenali apa yang tersirat disebalik, sebelum berlaku perubahan.susah kan? kalau orang yang berubah, contohnya teman sejiwa yang berubah. tentu kita dah kelam kabut mula meracau meroyan bertanyakan sebab mengapa dia berubah. tetapi adakah kamu pasti sama ada si teman sejiwa itu berubah kerana apa? baik kamu selidik sebelum kamu yang dianggap berubah. dari siuman kepada gila. hehehe fikir-fikirkan lah. mungkin sedikit tidak banyak, terkena batang hidung sendiri. banyak contoh yang pernah saya lihat. bahkan terjadi pada diri saya sendiri. tidak malu saya katakan, teman sejiwa saya berpindah ke kuantan atas sebab hal kerja. pada mulanya saya faham itu sebab nya dan tidak lah saya bersikap seperti orang mati laki yang tidak sempat memakai kain. mungkin sedikit, ya. hahaha ketawa saja jika itu yang anda mahu, no hard feeling. apatah lagi, kawan-kawan sekeliling kami mula bergurau tanpa henti yang teman sejiwa saya sudah punya yang lain disana menyebabkan saya berubah menjadi sarkastik. itu satu perubahan yang sama sekali takkan diterima oleh teman sejiwa saya. boleh mendatangkan kemarahan beliau, sungguh mati hidup semula pun saya tak sanggup nak tengok dia marah sambil tarik muncung yang pastinya saya takkan dapat pujukan malah akan diherdik dan dimaki. tapi, itulah rahsia saya berubah menjadi lebih positif dan jangan mudah terpedaya malah punya keyakinan yang kuat bahawa kami saling percaya dan itu janji kami. penat bercinta lama-lama kalau tiba-tiba berlaku perubahan yang tidak baik, tidak setia. langsung tidak mendatangkan keuntungan pada kedua-dua belah pihak. jadi, berhenti buat perubahan yang buruk dan berikan hati anda sebuah ketenangan. lebih bagus kan? =D dan kerana itu juga pada sesiapa yang pernah membaca dan mengikuti blog saya yang terdahulu iaitu di, http://www.dsfairy.blospot.com/ , disini saya telah membuat perubahan atas masalah teknikal yang tak dapat saya elakkan. maka jadilah blog ini, kisah cik pari-pari. so, enjoy your reading dan jutaan terima kasih untuk mereka yang masih setia. wassalam.

Tuesday, April 6, 2010

kanak2 hyperactive, exam SPA dan kisah teman sejiwa

harith dan haziq. peperiksaan perkhidmatan awam gred 41. seorang Pegawai Tadbir Diplomatik.


tenang cik, tenang. hidup memang banyak dugaan dan cabarannya.


biarpun yang mencabar itu, budak-budak, peperiksaan, atau pun perangai seorang yang dikategorikan sebagai orang dewasa.


kuatkan semangat dan terus tenang.


biarkan orang yang didoakan baik2 aje tu sedar bahawa apa yang dia lakukan itu sama sekali tidak masuk akal dan tidak patut.


dia memang takkan pernah sedar yang sikap dia itu bakal menghancurkan hati dia sendiri.


walaupun dia perasan yang dia sangat hebat dan bagus.


persetankan dia dan buat hal sendiri yang dirasakan patut dan wajib.


orang begitu, ada balasan yang bukan kita sendiri yang tentukan.


tentang kisah nakal kanak-kanak hyperactive, itu bahagian mereka. teruskan mendidik dengan bijaksana.


Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kurniakan aku dengan sifat2 Mu yang maha mengasihi dan maha menyayangi agar aku tidak sia2kan apa yang telah aku buat selama ini. Amiiinnn~~~

Wednesday, February 24, 2010

menyampah!

aku rasa marah! rasa meluat! rasa tahap kesabaran aku dah di hujung-hujung tanduk tapi kau tetap macam tu.

aku dikata oleh kawan-kawan kau. sekali takpe. tapi ni dah masuk kali yang keberapa pun aku tak tahu.

aku dah puas diam, bersabar. aku dah rasa macam nak meletup!

semuanya pasal kawan-kawan kau. apa yang kau buat? diam seribu bahasa.

pernah kau bela aku depan kawan-kawan kau? selepas apa yang mereka kata?macam bulan jatuh ke riba, jauh sekali, hanya dalam mimpi.

sekarang ni, terpulang pada kau. aku dah malas nak campur hidup korang yang suka makan orang tuh.

MENYAMPAH!!!

Friday, February 12, 2010

pelancaran OTM

5 Februari 2009.


hari kejadian Orkestra Tradisi Malaysia dilancarkan.


aku pergi atas jemputan kawan baik ku di uia.


juga dijemput oleh teman tercinta.


buat pertama kalinya aku bertemu empat mata dengan Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Utama Maznah Rais yang sedondon berbaju kemeja dan kurung batik warna merah.


lalu di depan ku untuk memasuki dewan utama Istana Budaya sambil tersenyum dan menunduk hormat kepada ku.


aku balas yang sama.


wah! setiap kali aku ke Istana Budaya, pasti akan berjumpa dengan orang-orang yang aku selalu berangan nak jumpa.


sebelum ni, sewaktu menonton persembahan makyung, Anak Raja Dua Serupa.


itu kali kedua aku bertemu dengan Che Kem, atau nama sebenarnya, Mohd. Kamarulzaman Taib.


kali pertama di Dewan Filharmonik Petronas. aku memang suka sangat dengan dia ni.


ketika bertemu di IB, matanya tidak pernah lepas memandang aku.


memang syiok ah!


kemudian aku dikejutkan dengan persembahan OTM ini lagi, Jamal Abdillah menyanyi dihadapan mata ku sendiri!


gila lah!


tapi sayang, aku tak dapat merakamkan saat-saat manis itu dengan kamera kesayanganku dek kerana terlalu terkejut dengan pertemuan itu.


bagaikan mimpi.


suatu masa dulu sewaktu aku masih bersekolah rendah, aku begitu minat dengan lagu cinta melankolia, oleh band heavymachine.


dan sungguh tak kusangka, aku bergambar dengan penyanyi lagu itu di malam pelancaran OTM!!!


sebelum itu, sewaktu menonton AJL 24 pada 6 Januari 2010, aku begitu terpesona dengan persembahan erhu oleh seorang gadis sewaktu Aizat mendendangkan lagu juara, Pergi.


aku memang berangan nak bertemu dengan gadis erhu itu dan menyatakan yang aku begitu meminati beliau dan kagum dengan kebolehan serta bakat miliknya.


dengan izin Allah, hajat ku dimakbulkan dan aku siap bergambar dengan beliau sambil menyatakan pujianku terhadapnya.


lantas, endang tersenyum sebagai balasan dan kami sempat berborak seperti sudah kenal lama.


pada endang, saya ucapkan selamat maju jaya dan selamat bergelar pengantin baru!!!


alhamdulillah~~~~~



Tuesday, February 2, 2010

kisah berlari-lari waktu tengah malam

aku tidur. semua orang pun tidur.

dah tengah malam. mungkin jam 3-4 pagi. aku tak tahu.

tiba-tiba, aku rasa aku bukan sedang tidur. aku berlari.

lari dari siapa, aku tak tahu.aku rasa ada orang kejar.

aku lari dan lari dan lari lagi.

sampai satu tempat. takde siapa pun kat situ.

aku rase ade orang kejar. lagi dan lagi.

aku pasti aku bermimpi. aku pasti. aku cuba buka mata.

tapi bukan ke aku berlari memang buka mata?

aku sedar. memang betul aku sekarang berada atas tilam. di rumah.

bukan di mana-mana tempat asing.

aku tutup mata dan cuba tidur. aku berlari lagi.

pelik. aku teruskan berlari.

aku buka mata dan cuba sedarkan diri.

sah aku memang di rumah dan hari pun dah pagi.

gila! kemana aku berlari malam tadi dan dari siapa, aku tak pasti.

yang pasti, aku penat bila bangun pagi tu.

Thursday, January 28, 2010

kisah areej eps 2

"ayah, areej nak cari kerja sementara, boleh tak?"

"kerja apa yang kau nak buat?"

cari je lah kerja kat mana-mana. shopping complex mesti banyak."

"huh!"

senyap. sunyi. sepi. apa lagi yang patut aku buat?

SATU HARI DALAM BULAN JANUARI.

"jue, awak senang bila?"

"kenapa"

"temankan kita cari kerja, boleh?"

"boleh. kat mana?"

"tengoklah kat mana-mana pun. tak kisah. shopping complex berlambak."

"ok. bila kita nak pergi?"

"esok."

"set!"

WAKTU ITU.

"areej, awak tak jadi ikut abang fird?"

"ke mana?"

"photoshoot tu lah. ke mana lagi?"

"tak nak lah."

"kenapa, awak ada hal ke?"

"tak lah. tak tau. tak kot."

"mana satu ni?"

"mana-mana lah."

"areej!"

"apa?" riak areej memang bisa bikin dia ditempeleng.

"awak tu, apa kenanya? moody je."

"tak ada apa-apa lah. okay, nanti borak lagi eh? saya mengantuk. selamat malam."

malam itu sunyi sepi. macam dilanggar garuda.

HARI INI.

areej memang cintakan fotografi. itu dunianya.tetapi tiada siapa yang faham.

memang ada yang faham, abang fird, 'abid, ibu. tetapi, mereka faham tak yang hidup ni amat sukar?

ayah tak kan benarkan. sedang hasil kerja areej dikutuknya.

memang betul lah bukan setiap kali kejayaan berpihak pada kita. ayah tak faham ke?

dan memang benar juga yang kita tak semestinya kena selalu hadapi kegagalan itu. areej faham tak hakikat itu?

abang fird, 'abid, ibu dan beberapa orang lagi mengatakan yang hasil kerja areej memang tak dapat disangkal.

ada bakatnya. ada seninya.

tapi, mereka sedar tak yang hidup areej tersekat?

areej sekarang dalam dilema. tiada siapa yang tahu.

sambungan lagi di masa yang lain...