anda pernah meminati sesuatu atau seseorang, hingga berlaku satu reaksi atau pemikiran yang menjadikan kita obses dengan apa yang kita minat itu?
saya pernah. dan sedang mengalaminya.
mungkin ada antara anda akan mengatakan bahawa ini hanyalah permainan psikologi atau "mindsetting" yang ditetapkan oleh seseorang itu.
mungkin juga ada diantara anda yang melihat itu sebagai suatu yang tidak matang atau bahasa kasarnya, "macam budak sekolah" atau juga "macam budak-budak".
namun, adakah anda tahu, bahawa, ini hanyalah satu kekeliruan dalam minda yang menyebabkan akal membenarkan anda seiring dengan hati untuk tidak dapat membezakan antara realiti dan fantasi.
walaupun kekeliruan itu mungkin mampu membuatkan anda hilang tumpuan.
walau bagaimana pun, ia terpulang kepada kita untuk mengasingkan dan memisahkan antara benar dan khayalan.
pada saya, selagi segala kekeliruan dan fanatism itu tidak membenarkan anda membuat sesuatu yang di luar alami, terpulang pada anda untuk meneruskannya ataupun tidak.
maksud saya, kalau itu bisa buat anda bahagia, teruskan.
asalkan anda masih boleh berfikir dengan rasional.
segala kekeliruan, fanatism, kesukaan dan minat terhadap sesuatu, hanyalah satu pemikiran dan tindakan psikologi.
mungkin dengan cara itu boleh buat kita jadi matang, berfikir secara di luar kotak, dan ia bergantung kepada penilaian individu itu sendiri.
tidak menjadi satu masalah jika anda obses terhadap sesuatu atau seseorang, asalkan tidak membahayakan.
asalkan anda masih boleh berfikir secara rasional, dapat membezakan mana yang wajar, mana yang tidak.
sebagai contoh, saya sedang meminati atau sedang obses dengan seorang pelakon, penyanyi dan penyampai radio dari Jepun, Matsumoto Jun.
saya begitu meminati figura ini sehinggakan saya akan berasa tidak tenteram apabila saya tidak menatap wajah beliau, sehinggakan saya menetapkan potret beliau di laptop saya sebagai "wallpaper", sehinggakan saya mesti menonton filem-filem beliau walaupun sekali dalam sehari.
saya sanggup memperuntukkan sebahagian wang untuk membeli "dvd-dvd" lakonan beliau.
saya begitu meminati figura Jepun ini sehinggakan saya boleh menghayati setiap watak, setiap kisah yang dilakonkan oleh beliau, memahami cerita yang disampaikan, seperti beliau benar-benar wujud dalam hidup saya, benar-benar ada disisi saya.
sehinggakan saya boleh membayangkan wajah beliau, tidak kira saya menutup mata ataupun tidak.
kedengaran seperti sedang bercinta, bukan? mungkin akan kedengaran isu ini keterlaluan bagi segelintir orang.
mungkin ini akan kedengaran seperti gila atau terlalu obses pada orang lain, tetapi ia bergantung kepada individu itu.
percayalah, apabila fikiran anda sudah menetapkan minat anda, anda takkan dapat lari dari kekeliruan ini.
walaupun sesuatu yang anda minat itu kedengaran seperti tidak matang atau "bodoh" pada orang lain.
percayalah, ia berlaku pada anda. secara sedar atau tidak.
dan nasihat saya, jangan sesekali anda memperlekehkan fanatism ini, sebab anda sedang melaluinya.
tepuk dada, tanyalah hati.
No comments:
Post a Comment