Friday, January 13, 2012

Kisah Yuna dan... Aku

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
kan... kamu...

Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku
terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu..



~ Lirik di atas kepunyaan si gadis, Yunalis Zaraai atau nama pentasnya, Yuna. Karyanya yang asli, jujur dan berjiwa itu membuatkan saya kagum dengan bakat yang dimiliki. Teringin rasa dihati ingin punya bakat begitu. =) Maka, berpeluang bertemu dengan Yuna di hari graduasi saya, 3 Oktober 2010 menjadikan mimpi saya suatu kenyataan. Yuna adalah idola saya dalam mengembangkan bakat seni yang subur dalam diri ini. Yuna saya ibaratkan seperti bintang yang begitu gemerlapan menyinari angkasaraya. Sesuai dengan judul lagu terbarunya, Terukir di Bintang. Pesona dirinya begitu bersinar sehinggakan saya menyanyikan melodi lagu itu tanpa sedar.

~ Setiap bait lirik begitu indah. Memang sukar untuk dilupakan. Jujurnya, Yuna memang tiada pengganti. Berbalik kepada saya, saya jadikan kisah Yuna sebagai pembakar semangat untuk merealisasikan mimpi saya didalam dunia fotografi. Betul kata Yuna, setiap gambar ada lagunya.  

~ Saya tidak akan pernah berhenti sepertimana Yuna yang akan terus melangkah melebarkan sayapnya menakluki dunia bersama bakat yang dimiliki. Pedulikan kata-kata nista orang yang hanya akan membunuh tanpa sedar. Dan saya pernah hampir "membungkus" minat dan bakat saya, namun alhamdulillah, dengan izin Allah itu tidak berlaku. 

~ Sudah puas saya puaskan hati orang dan kini, saya mahu kepuasan itu milik saya. Saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi seperti dulu. Saya akan terus melangkah, berlari hinggalah saya mampu terbang ke langit dunia.

~ Doakan saya, moga Allah merahmati kita semua, Amin! 

Terukir di Bintang by Yunalis Zaraai

Monday, January 31, 2011

kekeliruan, fanatism, psikologi

anda pernah meminati sesuatu atau seseorang, hingga berlaku satu reaksi atau pemikiran yang menjadikan kita obses dengan apa yang kita minat itu?

saya pernah. dan sedang mengalaminya. 

mungkin ada antara anda akan mengatakan bahawa ini hanyalah permainan psikologi atau "mindsetting" yang ditetapkan oleh seseorang itu.

mungkin juga ada diantara anda yang melihat itu sebagai suatu yang tidak matang atau bahasa kasarnya, "macam budak sekolah" atau juga "macam budak-budak".


namun, adakah anda tahu, bahawa, ini hanyalah satu kekeliruan dalam minda yang menyebabkan akal membenarkan anda seiring dengan hati untuk tidak dapat membezakan antara realiti dan fantasi.


walaupun kekeliruan itu mungkin mampu membuatkan anda hilang tumpuan.


walau bagaimana pun, ia terpulang kepada kita untuk mengasingkan dan memisahkan antara benar dan khayalan.


pada saya, selagi segala kekeliruan dan fanatism itu tidak membenarkan anda membuat sesuatu yang di luar alami, terpulang pada anda untuk meneruskannya ataupun tidak.


maksud saya, kalau itu bisa buat anda bahagia, teruskan.


asalkan anda masih boleh berfikir dengan rasional.


segala kekeliruan, fanatism, kesukaan dan minat terhadap sesuatu, hanyalah satu pemikiran dan tindakan psikologi.


mungkin dengan cara itu boleh buat kita jadi matang, berfikir secara di luar kotak, dan ia bergantung kepada penilaian individu itu sendiri.


tidak menjadi satu masalah jika anda obses terhadap sesuatu atau seseorang, asalkan tidak membahayakan.


asalkan anda masih boleh berfikir secara rasional, dapat membezakan mana yang wajar, mana yang tidak.


sebagai contoh, saya sedang meminati atau sedang obses dengan seorang pelakon, penyanyi dan penyampai radio dari Jepun, Matsumoto Jun. 


saya begitu meminati figura ini sehinggakan saya akan berasa tidak tenteram apabila saya tidak menatap wajah beliau, sehinggakan saya menetapkan potret beliau di laptop saya sebagai "wallpaper", sehinggakan saya mesti menonton filem-filem beliau walaupun sekali dalam sehari.


saya sanggup memperuntukkan sebahagian wang untuk membeli "dvd-dvd" lakonan beliau.

saya begitu meminati figura Jepun ini sehinggakan saya boleh menghayati setiap watak, setiap kisah yang dilakonkan oleh beliau, memahami cerita yang disampaikan, seperti beliau benar-benar wujud dalam hidup saya, benar-benar ada disisi saya.

sehinggakan saya boleh membayangkan wajah beliau, tidak kira saya menutup mata ataupun tidak.

kedengaran seperti sedang bercinta, bukan? mungkin akan kedengaran isu ini keterlaluan bagi segelintir orang.


mungkin ini akan kedengaran seperti gila atau terlalu obses pada orang lain, tetapi ia bergantung kepada individu itu.

percayalah, apabila fikiran anda sudah menetapkan minat anda, anda takkan dapat lari dari kekeliruan ini. 

walaupun sesuatu yang anda minat itu kedengaran seperti tidak matang atau "bodoh" pada orang lain.

percayalah, ia berlaku pada anda. secara sedar atau tidak.

dan nasihat saya, jangan sesekali anda memperlekehkan fanatism ini, sebab anda sedang melaluinya.


tepuk dada, tanyalah hati.











THE PIECE









Friday, October 8, 2010

entri yang tiada tajuk. semberono.

apa yang saya suka buat? apa yang buat orang ingat pada kita? kenapa orang macam tak berminat nak tahu apa yang kita buat? kenapa kadang-kadang kita rasa orang yang faham kita tiba-tiba tak faham?

seorang kawan saya kata, saya suka bercakap. benarkah? kadang-kadang saya sendiri tak sedar yang saya ni banyak bercakap. dia kata, dia ingat saya sebab saya suka bercakap dan tiap kali berjumpa, mesti dalam keadaan sedang mulut saya riuh berbunyi. kami gelak. lucu sebab saya rasa saya bukan seorang yang suka bercakap. manakala dia sebaliknya. ada pula seorang lagi kawan saya berkata, saya ni suka sangat menulis sampaikan setiap kali dia bertemu saya, mesti dalam keadaan saya sedang menulis atau menaip atau memegang buku nota kecil untuk menulis apa yang terlintas di fikiran saya.

sungguh saya tak sedar semua kelakuan pelik ini sehinggalah mereka memberitahu saya. apa yang pelik sangat kelakuan ni? saya pelik sebab saya bukan lah seorang yang begitu fokus dalam mempersembahkan perangai saya kerana saya hanya mengikut arus, (bahaya orang macam ni) tetapi saya masih ada pendirian dan prinsip. 

sementelahan pula, saya cuba untuk mencari ruang diri yang mungkin sukar untuk saya jumpa tetapi dengan cara itu sangat berkesan. saya akan jadi seperti bayi yang baru dilahirkan apabila saya dapat peluang untuk berjumpa dengan diri saya. gembira jangan cakaplah. sebab itu saya pelik kadang-kadang ada orang mengatakan saya ni seorang yang sombong. dari mana datangnya itu?

saya akui ada masanya saya memang susah nak mengeluarkan walau sepatah perkataan dari mulut saya ni ataupun memulakan perbualan. saya juga pening memikirkan kenapa. tetapi apa yang penting saya dan segelintir orang disekeliling saya tahu dan kenal saya ni bagaimana orangnya.
namun, sejak akhir-akhir ni saya seperti sedang sesat dalam dunia saya sendiri. saya seperti jadi orang lain yang saya tak kenal. mungkin akibat tekanan tidak mempunyai kerja. saya tahu saya mungkin menyusahkan orang tetapi saya rasa saya belum sampai tahap orang betul-betul susah kerana saya. 

puncanya, saya tidak digalakkan (sebenarnya dilarang kalau boleh) membuat apa yang saya suka dalam erti kata lain, minat. menjadikan saya seorang yang sesat macam saya katakan tadi. dan orang yang menjadikan saya begini bukan orang lain. dan saya sangat sedih. saya begitu kepingin untuk melihat nama saya kembali diruangan akhbar, atau melakar nama di majalah-majalah. saya kepingin melihat hasil kerja saya dikritik, dipuji, dijadikan perdebatan. saya tahu ini mungkin mimpi pada orang lain tapi saya ingin mencuba. dan saya minat. orang kata kalau kita lakukan apa yang kita minat, insya Allah akan berjaya. (ya, walaupun kita lakukan perkara yang bukan minat kita mungkin akan berjaya juga, tapi agak sukar untuk dikecapi kecuali dengan pengorbanan yang bukan calang-calang)

saya pernah melakar nama di suratkhabar. saya rindu untuk mengalami suasana itu sekali lagi. apa gunanya saya belajar dan mengkhususkan otak saya dengan mempelajari kursus ini bermati-matian (saya masih hidup setakat ni, alhamdulillah) tetapi saya dipaksa melakukan sesuatu yang lain dari apa yang saya minat?

saya buntu. 


Friday, October 1, 2010

islam: dulu dan sekarang

islam. bila sebut saja tentang islam, ramai yang tak senang duduk.

tak kira bangsa dan agama. malah orang islam sendiri cepat panas bila sebut tentang islam.

lebih-lebih lagi, "term" sekarang orang sebut, "islamophobia".

sangat pelik. kenapa? kalau dulu, islam dan agama lain boleh saja bercampur aduk (makna kata boleh duduk berbincang sesama sendiri) tapi sekarang tak boleh dah.

mesti ada saja isu yang mendatangkan ketidakpuasan hati serta boleh membangkitkan kemarahan.


kenapa boleh jadi begitu dan kenapa dulu tidak pernah timbul isu ini?


menurut sebuah buku yang ditulis oleh saudara ahmad amri zainal adnan dan nurasyikin ahmad (dan saya baca buku ni, tentu sekali) ramai tokoh-tokoh intelektual islam yang belajar di universiti-universiti kelolaan barat.


memang banyak cabaran yang dihadapi oleh tokoh-tokoh ini namun demi agama, mereka tidak peduli.


yang penting matlamat hidup tercapai dan kejayaan diraih.


banyak contoh-contoh tokoh intelektual islam yang diceritakan dalam buku ini seperti, bapa pembentukan negara islam pakistan, muhammad iqbal, fazlur rahman malik (saya pasti ramai pelajar UIA kenal insan ini), ahmad hussein deedat dan ismail al-faruqi.


kesemua tokoh diatas pernah melanjutkan pelajaran mereka di universiti-universiti terkenal di barat, contohnya, university of oxford, cambridge university, universiti amerika beirut,  mcgill university, dan university durham.

tidak pernahkah terlintas dalam fikiran, bagaimana mereka ini boleh "survived"?

bagaimana pula boleh timbul isu islamophobia ini seperti yang berlaku dalam dunia sekarang?

ya, saya bukan orang yang tepat untuk memperkatakan tentang hal-hal sebegini.

tapi, saya terfikir, kenapa orang sekarang suka merumitkan sesuatu hal hingga diri sendiri terbelit lalu menyalahkan pihak lain kerana situasinya yang berbelit itu?

cuba kita renung-renung kembali, muhasabah semula, apa punca semua ini terjadi.

ataupun, memang tanda kiamat sudah dekat jadi bersiap sedialah dengan amal jariah masing-masing.


=)

Wednesday, August 4, 2010

kesukaan dan kebencian

pernah suka kan suatu perkara tak?

saya pasti, mesti. kan?

macam tu juga saya.
 
tapi ada tak suatu yang dibenci?

saya juga. dan saya pasti, memang ada.

perkara utama, pernah tak dapat lakukan apa yang disukai dengan tenteram?

lebih banyak melakukan perkara yang dibenci sebalik yang disukai.

saya pasti, itu adalah tepat.

kerana saya juga begitu. apa yang  utamanya, dimana peluang untuk melakukan apa yang kita suka?

contohnya, hal2 yang kita suka, ataupun kawan2 yang kita suka.


pasti sukar, kan? pernah terfikir bagaimana untuk melaksanakan apa yang kita suka itu supaya tercapai?

berkorban.

itulah perkara pokok.


tetapi itulah yang paling sukar dan bakal menyesakkan kepala dengan perkara yang sia-sia.


apa yang pasti, nikmatnya tidak pernah mendukacitakan.


tetapi hanya untuk orang yang benar2 kuat dan ada ketabahan yang maha tinggi.


dan jujurnya, saya bukan begitu.