Friday, October 8, 2010

entri yang tiada tajuk. semberono.

apa yang saya suka buat? apa yang buat orang ingat pada kita? kenapa orang macam tak berminat nak tahu apa yang kita buat? kenapa kadang-kadang kita rasa orang yang faham kita tiba-tiba tak faham?

seorang kawan saya kata, saya suka bercakap. benarkah? kadang-kadang saya sendiri tak sedar yang saya ni banyak bercakap. dia kata, dia ingat saya sebab saya suka bercakap dan tiap kali berjumpa, mesti dalam keadaan sedang mulut saya riuh berbunyi. kami gelak. lucu sebab saya rasa saya bukan seorang yang suka bercakap. manakala dia sebaliknya. ada pula seorang lagi kawan saya berkata, saya ni suka sangat menulis sampaikan setiap kali dia bertemu saya, mesti dalam keadaan saya sedang menulis atau menaip atau memegang buku nota kecil untuk menulis apa yang terlintas di fikiran saya.

sungguh saya tak sedar semua kelakuan pelik ini sehinggalah mereka memberitahu saya. apa yang pelik sangat kelakuan ni? saya pelik sebab saya bukan lah seorang yang begitu fokus dalam mempersembahkan perangai saya kerana saya hanya mengikut arus, (bahaya orang macam ni) tetapi saya masih ada pendirian dan prinsip. 

sementelahan pula, saya cuba untuk mencari ruang diri yang mungkin sukar untuk saya jumpa tetapi dengan cara itu sangat berkesan. saya akan jadi seperti bayi yang baru dilahirkan apabila saya dapat peluang untuk berjumpa dengan diri saya. gembira jangan cakaplah. sebab itu saya pelik kadang-kadang ada orang mengatakan saya ni seorang yang sombong. dari mana datangnya itu?

saya akui ada masanya saya memang susah nak mengeluarkan walau sepatah perkataan dari mulut saya ni ataupun memulakan perbualan. saya juga pening memikirkan kenapa. tetapi apa yang penting saya dan segelintir orang disekeliling saya tahu dan kenal saya ni bagaimana orangnya.
namun, sejak akhir-akhir ni saya seperti sedang sesat dalam dunia saya sendiri. saya seperti jadi orang lain yang saya tak kenal. mungkin akibat tekanan tidak mempunyai kerja. saya tahu saya mungkin menyusahkan orang tetapi saya rasa saya belum sampai tahap orang betul-betul susah kerana saya. 

puncanya, saya tidak digalakkan (sebenarnya dilarang kalau boleh) membuat apa yang saya suka dalam erti kata lain, minat. menjadikan saya seorang yang sesat macam saya katakan tadi. dan orang yang menjadikan saya begini bukan orang lain. dan saya sangat sedih. saya begitu kepingin untuk melihat nama saya kembali diruangan akhbar, atau melakar nama di majalah-majalah. saya kepingin melihat hasil kerja saya dikritik, dipuji, dijadikan perdebatan. saya tahu ini mungkin mimpi pada orang lain tapi saya ingin mencuba. dan saya minat. orang kata kalau kita lakukan apa yang kita minat, insya Allah akan berjaya. (ya, walaupun kita lakukan perkara yang bukan minat kita mungkin akan berjaya juga, tapi agak sukar untuk dikecapi kecuali dengan pengorbanan yang bukan calang-calang)

saya pernah melakar nama di suratkhabar. saya rindu untuk mengalami suasana itu sekali lagi. apa gunanya saya belajar dan mengkhususkan otak saya dengan mempelajari kursus ini bermati-matian (saya masih hidup setakat ni, alhamdulillah) tetapi saya dipaksa melakukan sesuatu yang lain dari apa yang saya minat?

saya buntu. 


Friday, October 1, 2010

islam: dulu dan sekarang

islam. bila sebut saja tentang islam, ramai yang tak senang duduk.

tak kira bangsa dan agama. malah orang islam sendiri cepat panas bila sebut tentang islam.

lebih-lebih lagi, "term" sekarang orang sebut, "islamophobia".

sangat pelik. kenapa? kalau dulu, islam dan agama lain boleh saja bercampur aduk (makna kata boleh duduk berbincang sesama sendiri) tapi sekarang tak boleh dah.

mesti ada saja isu yang mendatangkan ketidakpuasan hati serta boleh membangkitkan kemarahan.


kenapa boleh jadi begitu dan kenapa dulu tidak pernah timbul isu ini?


menurut sebuah buku yang ditulis oleh saudara ahmad amri zainal adnan dan nurasyikin ahmad (dan saya baca buku ni, tentu sekali) ramai tokoh-tokoh intelektual islam yang belajar di universiti-universiti kelolaan barat.


memang banyak cabaran yang dihadapi oleh tokoh-tokoh ini namun demi agama, mereka tidak peduli.


yang penting matlamat hidup tercapai dan kejayaan diraih.


banyak contoh-contoh tokoh intelektual islam yang diceritakan dalam buku ini seperti, bapa pembentukan negara islam pakistan, muhammad iqbal, fazlur rahman malik (saya pasti ramai pelajar UIA kenal insan ini), ahmad hussein deedat dan ismail al-faruqi.


kesemua tokoh diatas pernah melanjutkan pelajaran mereka di universiti-universiti terkenal di barat, contohnya, university of oxford, cambridge university, universiti amerika beirut,  mcgill university, dan university durham.

tidak pernahkah terlintas dalam fikiran, bagaimana mereka ini boleh "survived"?

bagaimana pula boleh timbul isu islamophobia ini seperti yang berlaku dalam dunia sekarang?

ya, saya bukan orang yang tepat untuk memperkatakan tentang hal-hal sebegini.

tapi, saya terfikir, kenapa orang sekarang suka merumitkan sesuatu hal hingga diri sendiri terbelit lalu menyalahkan pihak lain kerana situasinya yang berbelit itu?

cuba kita renung-renung kembali, muhasabah semula, apa punca semua ini terjadi.

ataupun, memang tanda kiamat sudah dekat jadi bersiap sedialah dengan amal jariah masing-masing.


=)