Wednesday, May 26, 2010

kerja saya

saya sudah bekerja. dimana?

berdekatan dengan rumah saya.

berhampiran dengan kompleks membeli belah.

tapi soalnya disini kepuasan saya dengan kerja saya.

saya tidak berminat untuk menjual. juga meyakinkan orang dengan apa yang saya kerjakan.

saya lebih gemar menulis. menulis dan menulis.

saya pernah menjadi wartawan di Utusan Melayu.

seronok. memang minat saya.

saya banyak belajar tentang apa itu kebenaran dan kejujuran.

telus atau tidak.

sekarang saya tersekat. terpaksa menjadi orang lain untuk memuaskan hati orang lain.

mungkin juga keperluan. demi menjaga keharmonian.

biarpun terpaksa (sekali lagi) membuang jauh-jauh rasa tidak enak.

mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. itu pasti.

bos saya kata, dia boleh mengubah saya menjadi seperti dia. haha.

saya tidak mahu. tetapi saya akan ambil mana yang patut untuk saya serap dalam diri.

mungkin berguna, mungkin tidak.

yang lebih pasti, minat saya pada fotografi tidak mungkin padam. tidak sekali dua.

saya rindu. rindu untuk menulis, rindu untuk merakam setiap momen yang terjadi di bumi ini.

apa yang perlu saya lakukan? anda ada idea?

Saturday, May 22, 2010

sikap pelik-pelik

ini tentang dia. siapa dia? hanya dia dan Dia yang tahu.

saya pening dengan sikap dia. kadang dilihat macam tak tetap iman.

sukar sangat nak buat keputusan.

pernah bercinta? sedang bercinta dengan dia. tapi kadang-kadang macam tak.

cuma tak tahu bila arah tuju bercintan centun ni akan melabuhkan sauh.

risau? sudah mesti. sebab saya perempuan. bila makin tua, jangan harap dapat anak. dan jangan salahkan isteri yang tak dapat beri zuriat..

tak bersedia kot? saya pun merasakan yang sama. tapi kita kena tempuh juga walau sesukar mana pun. dah tu kenapa bercinta, kan?

mungkin dia tak cukup duit? kawan-kawan saya yang dah berkahwin masih lagi mencari duit dan rezeki bersama-sama isteri atau suami. itu adat lah hidup berpasangan. susah senang bersama.

sebab kalau nak tunggu cukup duit, sampai bila-bila pun takkan cukup. manusia takkan senang-senang puas hati. dasar tamak haloba tapi tak nak mengaku. itulah manusia! lainlah si perempuan berkahwin dengan orang tua yang memang dah tentu-tentu kaya!

habis tu apa nak jadi? hah! tunggu lah orang-orang mengatakan "tak takut ke jadi andartu?". saya takkan kata apa-apa dah. redha je.

bukan saya mengatakan ini kerana saya tidak percaya jodoh. tapi Allah akan dekatkan jodoh beri kita pasangan kalau Dia rasa kita dah bersedia untuk menempuh alam baru ni.

kenapa agaknya? dia tak faham ke?

lelaki, tak kan risau umur dah lanjut. bukan nya luak pun. tapi kalau perempuan, alamat lah.

saya berkata ini bukan kerana saya terdesak nak kahwin. bukan. tidak sekali-kali.

tapi saya tidak mahu Allah murka pada saya hanya kerana saya asyik bercinta dan tidak mahu menghalalkan percintaan itu.

tapi kalau dia belum mahu, apa lagi yang perlu saya buat?

sekarang satu je yang menari-nari dalm fikiran saya, dia belum puas hidup bujang berkerjaya. itu sudah pasti!

jadi, sekarang saya nak hidup macam dia. si dara sunti bujang berkerjaya sedang dalam perjalanan. weee~~~

sebab, buat apa saya sesak kan fikiran fikir pasal nak kahwin dengan dia sedang dia belum lagi nak kahwin, kan?

baik saya berhenti berangan dan berharap. doa je yang jodoh tu Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

~~~~~~.....

Saturday, May 1, 2010

suatu pengajaran dan peringatan

jumaat. 30 April 2010. dan juga sebelum-sebelumnya.

sejak saya sudah berani memandu kenderaan bergear manual, saya sering diarah ibu serta adik-adik untuk kesana dan kemari. saya sentiasa dengan rela hati membawa mereka sebab saya sayangkan mereka.

cuma apa yang saya kesalkan,sikap pemandu Malaysia ni. kebanyakan daripada mereka hanya pandai memandu tetapi tidak bijak memandu. mengapa saya katakan begitu? mereka ni tak pernah tahu apa itu maksud peraturan dan tidak tahu apa kegunaan peraturan-peraturan tersebut.

sering saya terfikir, susah kah untuk memberi signal untuk ke kanan atau ke kiri? adakah apabila anda memberi signal maka duit anda akan berkurangan sebanyak RM500 atau lebih dari itu? jika benar tolong nyatakan pada saya dan sila buat petisyen kepada pihak berkuasa.

bukankah signal itu diadakan untuk kemudahan para pemandu juga?jadi mereka tidak perlu memberi isyarat tangan seperti yang kita belajar di sekolah memandu. itupun seandainya pemandu-pemandu kurang bijak ini masih mengingati isipati pelajaran pemanduan berhemah.

bukannya susah pun, sekadar merajinkan tangan anda untuk memberi isyarat arah tujuan anda. ini supaya, tidak berlaku kemalangan cium buntot kereta anda secara tiba-tiba.sebab bila dah berlaku tolong jangan salah kan pihak lain kerana dah ternyata salah anda sendiri tidak menggunakan otak ketika memandu.mungkin lah dek kerana anda membawa kereta besar-besar sebab saya belum mampu lagi, dan juga anda terasa seperti membazirkan masa dengan memberi isyarat itu, maka pada saya berhenti lah memandu kerana anda hanya bersikap mementingkan diri dan ternyata anda kurang bijak.

sia-sia saja anda punya kereta sebesar halaman rumah dan semahal bintang dilangit kiranya otak anda hanya sebesar badam!